Isi Kandungan

1 ) Pengertian aurat:

Pada Bahasa:  Aurat ialah keaiban.
Pada Syarak : Aurat ialah bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan sama ada ketika solat atau di luar solat.

2) Hukum menutup aurat:
Hukum menutup aurat ialah wajib. Berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :

 “ Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandanga mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah  mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan baju mereka dengan tudung kepada mereka.” 
( Surah Annur : 31 )


Allah Taala memerintahkan orang-orang yang beriman supaya menutup aurat. Allah melarang kita memandang aurat orang lain. Kita disyariatkan menutup aurat kerana menjaga maruah diri dan mematuhi hukum perintahnya.


3) Kaedah menutup aurat dengan betul:

Aurat boleh juga ditafsirkan sebagai bahagian-bahagian yang tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap sesuatu yang mengaibkan di sisi Agama Islam.



Namun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat kita yang masih belum bebas daripada penjara fesyen dunia barat. Batasan aurat masih tidak difahami dan dijaga sebaiknya. Mereka cukup berpuas hati dengan sekadar menjawab:

 “ Daripada tak tutup langsung, tutup macam ni pun dah kira ok apa! “

Perlu diketahui bahawa menutup aurat bukan sekadar melindungi bahagian aurat, tetapi juga menghindari pakaian tipis atau ketat yang menampakkan dan mempamerkan bentuk tubuh.



4) Tujuan dan hikmah menutup aurat:
  • Melaksanakan syariah dan perintah Allah.
  • Pakaian yang menutup aurat adalah lambang pakaian orang yang bertakwa.
  • Menjadikan golongan orang yang beriman sentiasa taat pada perintah Allah.
  • Sebagai satu perbandingan untuk membezakan pakaian orang islam dengan orang kafir.